Search

KETAYAP Pujangga Malam😀

Bahan untuk int...

  • Share this:

KETAYAP Pujangga Malam😀

Bahan untuk inti:
1/2 biji kelapa parut
1/4 cawan gula melaka
1/4 cawan gula pasir
2-3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

Bahan untuk kulit:
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan sederhana cair, anggaran dari 1/3 biji kelapa
1 biji telur
4-5 helai daun pandan
1 sudu kecil garam
2-3 titik pewarna hijau (optional)

1. Cara buat inti:
1. Masukkan kelapa parut, air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.
2. Masak di atas api yg perlahan, kacau sehingga sebati dan sedikit kering. Sejukkan.

Cara buat kulit
1. Kisar 1/3 biji kelapa parut bersama daun pandan atau pewarna ,dengan anggaran air supaya menghasilkan 2 cawan santan. Perah dan tapis.
2. Bancuh santan bersama tepung gandum, garam, telur dan beberapa titik perwarna jika mahu, supaya kulit menjadi lebih kuning.Kacau sebati menggunakan minyak masak dan kemudian tapis. Bancuh tepung bagi cair sikit.
3. Panaskan kuali yg di sapu dengan sedikit minyak. Tuang satu senduk bancuhan tepung dan ratakan dengan memusingkan kuali ke kiri dan ke kanan supaya mendapat bentuk bulat.
4. Angkat dan gulung bersama inti yg sudah disejukkan.

Terima kasih @azizanhjmat berkongsi resipi 👍👍


Tags:

About author
not provided
Perantara dan Penerbit TV3 ... penulis lirik dan aktivis pantun....
View all posts